Tuesday, February 20, 2007

'Come On' MyVi



Dexy's Midnights Runner + Datuk Radzi Sheikh Ahmad


PUTRAJAYA: “Kita derma (hadiah) kat rumah anak yatim lagi baik. Jangan harapkan kerajaan nak bagi Myvi, bukan nak bagi Mercedes, Rolls Royce. Myvi? Suatu yang kurang bijak tawarkan benda seperti itu kepada rakyat Malaysia untuk tukar MyKad. Itu tanggungjawab mereka,” kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad, 11 Februari lalu, mengenai tindakan rakyat negara ini menyerbu kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 1 September hingga 30 November 2005 dengan harapan membawa pulang kereta Perodua Myvi yang dijanjikan kepada pemenang cabutan bertuah kempen Jom Tukar dan Menang MyKad.
Namun, lebih setahun berlalu dan pemenang kereta nasional itu masih belum diumumkan sehingga hari ini.
Kempen itu turut menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 termasuk skuter, enam televisyen 29 inci dan lima tiket penerbangan tiga hari dua malam ke Jakarta.

Ikuti temubual Radzi bersama wartawan mengenai isu berkenaan selepas majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, semalam.

WARTAWAN: Datuk Seri, mengenai buat MyKad dapat Myvi, apa perkembangan sekarang?
RADZI: Mana Myvi tu? Dah tinggal tiga roda saja ke (bergurau)...lupakan pasal MyVilah.
WARTAWAN: Tapi cabutan pun belum selesai lagi?
RADZI: Apa hadiah selain daripada Myvi?
(Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Abdul Halim Muhammad memberitahu ada 88 hadiah sampingan seperti komputer dan televisyen).
WARTAWAN: Adakah berpunca daripada masalah bajet?
RADZI: Bukan masalah bajet.
WARTAWAN: Adakah hadiah itu ditaja?
RADZI: Ya ditaja, bukan masalah bajet. Kita derma (hadiah) kat rumah anak yatim lagi baik.
WARTAWAN: Bukankah itu dah dijanjikan?
RADZI: Saya tak setuju. Saya katakan, itu tanggungjawab rakyat untuk tukar MyKad.
WARTAWAN: Nanti orang nampak macam tipu?
RADZI: Siapa tipu siapa?
WARTAWAN: Tapi mereka (pemilik MyKad) dijanjikan Myvi?
RADZI: ‘Come on’, siapa yang berjanji?
WARTAWAN: Menteri yang umumkan?
RADZI: Itu menteri lama. Sekarang saya kata ‘come on’, takkan kerana Myvi nak tukar MyKad kena bagi upah pula. Kita tak tinggal dalam dunia seperti ini, ubah mentaliti seperti itu. Itu tanggungjawab rakyat tukar MyKad, takkan nak kena upah, semua benda kena upah, cabutan bertuah sana sini untuk menggalakkan rakyat Malaysia (tukar MyKad). Seolah-olah kita dikenali di seluruh dunia, kalau tak bagi upah mereka tak akan buat apa-apa. Mesti kena ada cabutan bertuah baru mereka datang...itu ‘rubbish’ (mengarut). Kita patut bagi tahu dunia, Malaysia ada kad yang bagus. Kita tukar kad, promote (promosi) kad ini yang cukup istimewa dan antara yang terbaik di dunia.

Jangan harapkan kerajaan nak bagi Myvi, bukan nak bagi Mercedes, Rolls Royce. Myvi? ‘Come on’.
WARTAWAN: Tapi kalau bagi orang bawah (rakyat), Myvi mungkin satu galakan?
RADZI: Itu saya cuba katakan. Kita ada 20 juta untuk cabut dapat Myvi, ternganga-nganga nak cabut nak dapat Myvi. Dua puluh juta berharap nak dapat Myvi, ‘come on’.
WARTAWAN: Boleh petik Datuk mengesahkan kementerian menarik balik hadiah itu?
RADZI: Ya.
WARTAWAN: Apa akan jadi dengan hadiah tu?
RADZI: Derma rumah anak yatim lah.
WARTAWAN: Maksud Datuk Seri, semua baki hadiah?
RADZI: Ya. Kita jual dan bagi rumah anak yatim, lagi manfaat. Siapa yang tak menang, dia kata alhamdulillah je.
WARTAWAN: Ada rumah anak yatim tertentu ke?
RADZI: Tidak, ada banyak rumah anak yatim. Saya kecewa dengan cabutan bertuah ni. Takkan orang Malaysia tak boleh dengan senang hati buat kad, buat jasa kepada negara. Ini kad nasional, satu hari akan jadi kad kerakyatan, saya mahu jadi begitu.
WARTAWAN: Pada peringkat awal nak menggalakkan MyKad, apa perancangan kementerian?
RADZI: Suatu yang kurang bijak tawarkan benda seperti itu kepada rakyat Malaysia untuk tukar MyKad. Itu tanggungjawab mereka.
WARTAWAN: Adakah promosi itu diluluskan Kabinet?
RADZI: (Senyap sekejap). Tak payahlah benda lekeh macam ini.
WARTAWAN: Tapi orang ramai mengadu?
RADZI: Sebab kamu semua bangkitkannya. Kalau tak, benda ini dah dilupakan. Hanya kerana kereta kecil jadi isu besar, nasional...nak cabut bertuah, walhal MyKad kad paling penting.
WARTAWAN: Nanti dilabel penipu?
RADZI: ‘Come on’, ini bukan tipu. Saya minta orang ramai lupakan (hadiah), biar jadi bertanggungjawab. Nak cabutan bertuah...lupakan. Kita dah masuk 2007, ekonomi bagus, biar jadi tanggungjawab pergi tukar dengan perasaan ikhlas bukan sebab cabutan bertuah.

Song title: Come On Eileen (Original)
Artist: Come On Eileen Performed by Dexy's Midnight Runners

Poor old Johnny Ray
Sounded sad upon the radio, he moved a million hearts in mono.
Our mothers cried and sang along and who'd blame them.
Now you're grown, so grown, now I must say more than ever.
Go Toora Loora Toora Loo-Rye-Aye
and we can sing just like our fathers.

Come on Eileen,
I swear (well he means) At this moment you mean everything,
With you in that dress my thoughts I confess verge on dirty
Ah come on Eileen.

These people round here wear beaten down eyes
Sunk in smoke dried faces they're so resigned to what their fate is,
But not us, no not us we are far too young and clever.
Remember Toora Loora Toora Loo-Rye-Aye
Eileen I'll hum this tune forever.

Come on Eileen, I swear, well he means
Ah come on let's take off everything,
That pretty red dress Eileen (Tell him yes)
Ah come on let's, ah come on Eileen, please.



Song title: Come On MyVi (Copy Controlled)
Artist: Come On MyVi Performed by Radhi’s Midday Robbery


Poor old public say,
Sounded mad on Astro, he moved a million hearts to be bodo.
Our brothers tried and went along and who'd blame them.
Now you're not won, not won; now I must say more than ever.
Go Toora Loora Toora Loo-Rye-Aye
And we can donate to charities, am I not cleaver?

Come on MyVi,
I swear (its rubbish) at this moment I can say nothing,
With the public impressed, not Mercedes or Rolls Royce?
Ah come on MyVi.

These people say we’re liars and I don’t give a goat’s ass
All gone to smoke, because our budget’s burst and they’s all in tears,
But not us, no not us cuz Azmi’s not so young nor clever.
Remember Toora Loora Toora Loo-Rye-Aye
MyVi you’ll hum this tune forever.

Come on MyVi, I swear, and I mean,
Ah come on let's donate everything,
The lies and nothingness MyVi (yes I confess)
Ah come on let's, ah come on MyVi, please.

Jangan marah yea Datuk, sekadar berjenaka je :)

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Good for people to know.

Wednesday, November 12, 2008 3:07:00 AM  

Post a Comment

<< Home